CEO Antarabangsa Lee Sheng Wah menerima anugerah tersebut daripada Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, ditemani oleh COO Gary Chan Kar Leong (kanan) dan CMO (Asia Pasifik) Mervyn Bey Kuang Seng.

Anugerah SME 100
Syarikat 10 Teratas yang Membangun Pesat 2012

Dengan prestasi yang cemerlang, platform perniagaan yang interaktif serta pengurusan dan perkhidmatan yang unggul, SUGAWA IONWOOD sekali lagi telah diiktiraf sebagai salah sebuah Syarikat 10 Teratas di Malaysia yang Membangun Pesat pada tahun 2012.

SME 100, program Anugerah Pengiktirafan Tahunan yang dianjurkan oleh Majalah SME – majalah perniagaan terlaris di Malaysia, membantu menggilap permata dalam kalangan perusahaan-perusahaan kecil dan sederhana. Anugerah ini mengenal pasti dan mengiktiraf perusahaan-perusahaan kecil dan sederhana di Malaysia yang berkembang pesat berdasarkan kriteria kuantitatif dan kualitatif khas yang menumpukan kepada pertumbuhan (kadar pusing ganti, keuntungan dan bahagian pasaran) serta daya tahan (amalan terbaik, kelestarian dan visi). Penerima anugerah juga dipaparkan dalam Edisi Istimewa majalah tersebut di Malaysia, Singapura, Brunei dan Indonesia.