Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin Yassin menyerahkan Anugerah Inovasi serta Pembangunan dan Penyelidikan kepada wakil SUGAWA WELLEY TIMBER INDUSTRIES SDN BHD.

MTIB – Anugerah Kecemerlangan Industri 2013
Kategori Inovasi serta Penyelidikan dan Pembangunan

IONWOOD merupakan pemenang bagi Anuagerah Kecemerlangan Industri 2013, dalam kategori Inovasi serta Pembangunan dan Penyelidikan, yang dianugerahkan oleh Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia (MTIB), sebuah badan berkanun di bawah Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi.

Sambutan Ulangtahun ke-40 MTIB berserta Penyampaian Anugerah telah diadakan pada 23 April 2013 di Hotel Sunway Putra, Kuala Lumpur. Bersempena dengan ulangtahun ke-40 MTIB, sebuah syarikat dengan sumbangan terbesar dalam industri pembalakan telah dipilih daripada 1000 buah syarikat untuk menerima anugerah berprestij ini. IONWOOD telah diberi penghormatan untuk menerima Anugerah Kecemerlangan Industri daripada MTIB kerana produk lantai IONWOOD yang unik. Wakil syarikat IONWOOD telah menerima anugerah tersebut daripada Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin Yassin.

Para hakim mengulas bahawa IONWOOD telah menghasilkan lantai yang paling inovatif, mengujakan dan kreatif serta memberi manfaat kesihatan kepada orang ramai. Lantai ini dijangka akan menjadi trend baru di pasaran.



Latar Belakang Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia
Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia (MTIB) merupakan sebuah badan berkanun di bawah Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi. MTIB ditubuhkan pada tahun 1973 melalui keputusan Parlimen. Objektif utamanya adalah untuk mempromosi dan menyelaras pembangunan industri pembalakan secara menyeluruh.

MTIB bertanggungjawab memulakan pembangunan pelbagai sektor dalam industri pembalakan dan menyediakan bantuan teknikal, pemasaran dan lain-lain bentuk bantuan bagi memastikan perkembangan industri pembalakan yang berterusan dalam ekonomi Malaysia yang membangun pesat dalam bidang perindustrian.