Mengenai Ion

Ion adalah molekul atau atom yang mempunyai cas elektrik. Apabila atom atau molekul ialah neutral, jumlah proton (positif) dan elektron (negatif) adalah sama. Walau bagaimanapun, apabila jumlah proton dan elektron berbeza, ia menjadi ion yang bercas sama ada positif atau negatif.

Apakah itu ion negatif? Kajian sains menunjukkan bahawa ion negatif tidak berbau, tanpa rasa dan tidak dapat dilihat. Ia banyak terdapat di persekitaran semula jadi, namun rumah atau bangunan pejabat mungkin tidak terdapat sebarang ion negatif.

Profesor Philipp Lenard, pemenang Nobel bagi Fizik menemui bahawa risiko menjangkiti penyakit akan menurun dengan berada di perkekitaran yang dipenuhi ion negatif. Ion negatif juga dikenali sebagai “vitamin udara”. Sebagai pemimpin pasaran, SUGAWA telah memperkenalkan lantai IONWOOD yang menggunakan teknologi pengaktifan ion negatif untuk menyatukan ion negatif dengan lantai papan.

Pada masa ini, lantai IONWOOD telah diperakui oleh Persatuan Penyelidikan dan Aplikasi Ion Jepun (JAIRA), SGS Switzerland dan NACC China (Pusat Analisis Kebangsaan China) – membuktikan bahawa ion negatif dapat dibebaskan daripada lantai ini dengan bacaan melebihi 3000/cm³ mengikut indeks ion udara, yang bersamaan dengan udara hutan rimba. Ia dapat membantu menghilangkan keletihan, menguatkan tulang, meningkatkan peredaran darah, bernafas dengan lancar dan sebagainya. IONWOOD dapat membebaskan ion negatif secara berterusan di sekitar rumah supaya anda menikmati kesegaran hutan rimba di rumah anda.

Ion Positif

Dihasilkan oleh reputan galian radioaktif, gas radon, kebakaran hutan, kilat dan sinar ultraungu.

Ion Negatif

Dijana oleh penyejatan air, ombak lautan, air terjun dan galian ionik.

Risalah Ringkas Ion Negatif

  • Tanpa rasa, Tidak berbau, tidak dapat dilihat
  • Kawasan bandar mempunyai kepekatan ion negatif yang lebih rendah berbanding dengan di luar bandar.
  • Pengionan udara adalah wajib di hospital-hospital Eropah.
  • Kajian Jabatan Pertanian Amerika Syarikat menunjukkan bahawa pengionan bilik boleh mengurangkan habuk dan bakteria di udara.