Manfaat Ion Negatif

Biar kami jelaskan satu perkara kepada anda. Ini bukannya sains palsu atau sesuatu yang diada-adakan bagi melariskan jualan – terdapat fakta sains yang kukuh yang menyokong manfaat ion negatif. Malah, kajian oleh Universiti Columbia mendedahkan bahawa ion negatif dapat merawat kemurungan dengan berkesan sepertimana ubat anti kemurungan.

Oleh sebab itu, peningkatan ion negatif dalam persekitaran merupakan salah satu cara untuk memperbaiki kesihatan. Dengan penyerapan melalui kulit, membran mukus atau paru-paru, ion negatif boleh meneutralkan oksigen reaktif dan ion positif yang tidak baik, mengembalikan fungsi normal sel darah merah, membantu jantung memperoleh degupan yang normal, mengalkalikan darah, mengekalkan tekanan darah yang normal, memastikan peredaran vaskular yang lancar, menguatkan tulang, menghilangkan keletihan, membantu pernafasan dan sebagainya.

 

"Ombak yang menghempas pantai menghasilkan ion negatif dan kita juga boleh melihat perubahan perasaan yang baik pada orang ramai dengan serta-merta selepas ribut petir melanda."
Pengakaji Ion, Michael Terman, PhD, Universiti Columbia New York.