Peralatan Pemprosesan Bertaraf Tinggi
Sugawa IONWOOD
Pusat Sehentian

Daripada Awal Hingga Ke Akhir   Manfaat yang Setimpal dengan Apa yang Anda Belanjakan

 

Sugawa Ionwood merupakan sebuah pusat sehentian yang menggalakkan kesihatan yang baik sebagai gaya hidup. Kami terlibat dalam setiap proses, daripada penanaman kayu, mengutip hasil, sehinggalah kepada penghalusan hasil keluaran dan pemasaran produk. Semua produk syarikat mematuhi piawaian BS1088, BS6566, BS1455 dan BS314. Syarikat berterusan membangunkan teknologi baru dan menyediakan kakitangan yang terlatih untuk mengikuti perkembangan teknologi ini. Kami sentiasa mempelbagaikan rangkaian produk kami dan meningkatkan mutu khidmat pelanggan bagi memastikan anda sentiasa merasai perkhidmatan yang cekap dan profesional.

 

Bagi memastikan anda menikmati produk yang paling berkualiti, kami telah melaburkan USD20 juta dalam peralatan yang berkualiti tinggi, seperti mesin mengupas, mesin memotong, mesin mengering, mesin menyirat dan mesin penekan panas. Kami menggunakan mesin separa automatik dan automatik yang terbaik yang diimport dari Jerman dan Jepun seperti HAWA dan MEINAN.

Polisi Alam Sekitar Kami – Segalanya adalah demi kelestarian   Produk Kelas Pertama

 

Dalam aspek alam sekitar, kami sentiasa peka dengan tanggungjawab kami terhadap alam sekitar. Kami berusaha dengan sedaya-upaya untuk memastikan bekalan kayu yang berterusan dengan mengamalkan penanaman anak pokok bagi menggantikan pokok-pokok yang telah ditebang. Hanya pokok yang ditebang mengikut undang-undang sahaja yang digunakan dan semua kayu yang digunakan diiktiraf di bawah Program Sokongan Pensijilan Hutan (PEFC).

 

Proses pengeluaran kami yang dilakukan secara teliti, kualiti yang tiada bandingan serta hasil produk yang menawan, telah menjadikan SUGAWA IONWOOD terkenal di pasaran, dan kami berbangga serta berbesar hati kerana diberikan peluang untuk membawa anda ke arah kesihatan yang lebih baik.