6 Functions IONWOOD

Merintis Teknologi Abad ke-21 Dengan Lantai Kayu Ion Negatif
Satu-satunya Lantai Dengan Ion Negatif



IONWOOD merupakan lantai kayu pertama di dunia yang menggunakan teknologi pengaktifan ion negatif. Bagi menghasilkan lantai ion negatif berkualiti tinggi, kami hanya memilih bahan-bahan bergred tinggi dan mempunyai kekutuban ion negatif semulajadi dengan tenaga nano turmalin. Kami kemudiannya menggunakan teknologi bahan komposit yang digabungkan dengan kayu berkualiti untuk mengaktifkan ion negatif tersebut. Lantai kami akan sentiasa membebaskan ion negatif, atau dikenali sebagai “vitamin udara” ke udara supaya anda boleh menikmati udara segar seperti dari hutan rimba.

 

 

6 Functions IONWOOD

Ion Negatif

Ada di antara molekul-molekul udara yang membebaskan elektron, dan elektron-elektron ini kemudiannya meneutralkan molekul di udara supaya ia menjadi ion gas bercas negatif. Ia dipanggil ion negatif. Ion negatif secara semulajadinya terbentuk daripada sinaran matahari, pancaran kilat, ombak lautan dan air terjun. Ion negatif boleh meningkatkan sistem saraf, sistem kardiovaskular, sistem darah dan sistem pernafasan.

Sistem E0

Biasanya selepas kerja-kerja pengubahsuaian selesai, mata para penghuni di dalam rumah akan terasa pedih. Ini disebabkan oleh gas formaldehid yang berbau sengit yang terkandung di dalam cat dan bahan pelekat yang digunakan. Pada 5 Jun 2013, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengumumkan di bawah Klausa 153 bahawa formaldehid merupakan salah satu punca utama kanser. Ini mendorong negara-negara Eropah untuk mengawal ketat semua bahan pembinaan yang digunakan hanya mengandungi formaldehid di bawah paras E1 bagi memastikan kesihatan manusia tidak terjejas. Lantai IONWOOD mencapai paras E0, di mana kandungan formaldehidnya adalah lebih rendah daripada paras yang dibenarkan oleh standard Eropah. Lantai IONWOOD menawarkan kehidupan yang mewah, berkualiti tinggi dan selamat kepada sekeluarga anda.

Perlindungan Permukaan

Permukaan lantai IONWOOD disalut dengan 12 lapisan varnis asas dan 1 lapisan varnis kemasan. Oleh itu, permukaan lantai IONWOOD terlindung daripada hampir semua jenis cecair yang boleh didapati di kediaman kita: kopi, sos, jus buah-buahan dan sebagainya. Anda boleh berasa yakin bahawa tiada cecair yang dapat meresapi permukaan lantai IONWOOD, memastikan kilauan dan keadaannya yang baik akan kekal sentiasa.

Tahan Serangan Anai-Anai

Adakah anda mengetahui bahawa keadaan cuaca yang lembap merupakan keadaan yang ideal untuk pembiakan anai-anai? Salah satu masalah yang paling serius yang dihadapi Australia ialah masalah anai-anai. Para saintis telah menemui satu formula yang tidak berbahaya tetapi berkesan untuk menghalang serangan anai-anai terhadap produk-produk kayu. Formula ini diikuti sepenuhnya oleh warga Australia, dan papan lantai kayu IONWOOD dihasilkan berdasarkan standard tersebut.

Sistem Kestabilan

Struktur lantai IONWOOD yang dibina dengan penyusunan venier, iaitu disusun secara berlapis-lapis dengan ira kayunya disusun secara berselang-seli, merupakan cara yang berkesan bagi menghalang pengecutan kayu yang tidak sekata. Lantai IONWOOD lebih tahan terhadap pengembangan dan pengecutan daripada lantai kayu keras padu yang lain kerana dasarnya yang mempunyai lapisan yang berbilang, menjadikan ia sangat stabil.

Tahan Calar

Lantai IONWOOD disalut dengan serbuk nilam. Salutan ini boleh menghidarkan lantai daripada calar dengan berkesan. Satu eksperimen yang dijalankan ke atas permukaan lantai ini, dengan menggunakan jarum berlian menunjukkan bahawa tahan kecalaran permukaan lantai IONWOOD ialah 8H. Hasilnya menunjukkan bahawa lantai ini sesuai dan selamat untuk digunakan bagi pembinaan komersial. Lantai IONWOOD boleh menambah nilai kepada sesebuah hartanah dengan mengurangkan kos pembaikian atau penyelenggaraan.