Penjagaan Lantai Papan Anda

Ia merupakan sebahagian daripada keluarga anda

Lantai Papan IONWOOD memberi keselesaan seumpama anda mendiami di dalam hutan. Jadi, penjagaan dan pemeliharaan Lantai Papan IONWOOD amat penting untuk memastikan keselesaan dan kecantikan dikekal selalu.

  • Pemeliharaan setiap hari termasuk menyapu, vakum dan/atau mengelap lantai untuk membersih kotoran dan mengelakkan pengumpulan habuk.
  • Letak tikar di pintu masuk dapat mengurangkan habuk dari luar. Berjalan di atas lantai yang mempunyai habuk akan mencalarkan lantai.
  • Menggunakan kaedah pembersihan yang betul yang disyorkan oleh pengeluar papan anda. Kain yang digunakan mesti lembut dan lembap.
  • Jangan gunakan kain basah untuk lap lantai papan.
  • Jangan gunakan ammonia.
  • Jangan gunakan sabun untuk menanggalkan habuk.
  • Jangan gunakan produk yang tidak bersesuaian untuk membersihkan lantai papan.
  • Jangan gunakan objek tajam untuk mengetuk lantai papan.

Terdapat pelbagai jenis pembersih lantai papan di pasaran, sila membersih lantai papan dengan mengikuti arahan. Sebelum mengguna pembersih, sila pastikan kadar pembersih dan air adalah betul. Ia akan merosakkan lantai papan sekiranya kadar yang diguna tidak betul.