Apakah itu IONWOOD?
Lantai IONWOOD merupakan lantai kayu pertama di dunia yang dapat membebaskan ion negatif. Strukturnya yang kukuh, dengan lapisannya yang disusun rapi secara tidak sekata tahan terhadap apa sahaja jenis cuaca dan mempunyai 6 sistem yang hebat yang merangkumi penyebatian ion negatif, kestabilan, keselesaan, formaldehid 0, anti anai-anai, dan juga perlindungan permukaannya terhadap calar dan bahan lain. SUGAWA IONWOOD merupakan syarikat pertama di Malaysia yang menghasilkan lantai kayu yang digabungkan dengan ion negatif.
Apakah itu ion negatif?
Di bawah faktor persekitaran dan fungsi tenaga, molekul udara atau air boleh kehilangan elektron dan menjadi ion positif. Elektron yang terlepas tadi boleh bergabung dengan molekul lain lalu membentuk ion negatif.
Bolehkah kita merasai kehadiran ion negatif?
Apabila kita berjalan di kawasan pantai, air terjun dan hutan, kita akan berasa selesa, senang hati dan tenang kerana jumlah ion negatif terkandung di udara adalah tinggi. Persekitaran yang tercemar mempunyai kandungan ion negatif yang kurang. Ion negatif juga dikenali sebagai ‘elemen panjang umur’ atau ‘vitamin udara’ kerana nilai kesihatan dan kesannya terhadap ekologi. Selepas seabad menguji dan mengamalkannya di rumah-rumah di serata dunia, kemajuan teknologi telah membolehkan kita mengiktiraf kepentingan ion negatif dengan lebih jelas.
Berapa lamakah ion negatif dalam IONWOOD akan kekal berkesan? Adakah kepekatan ion negatif akan berkurangan semakin lama?
Ion negatif yang dibebaskan daripada IONWOOD adalah secara berpanjangan. Kayu kami berasal daripada turmalin yang mampu membebaskan ion negatif tanpa mengira jangka hayatnya dan juga tanpa pengurangan dalam kepekatan ion negatif yang dibebaskan. Walau bagaimanapun, kehadiran ion positif dalam udara dan air akan mempengaruhi jumlah ion negatif dalam persekitaran anda.
Bagaimanakah lantai IONWOOD membebaskan ion negatif?
IONWOOD menggunakan teknologi terkini – turmalin yang dilekatkan pada lapisan lantai komposit berbilang. Kuasa elektrik yang terhasil daripada arus mikro oksigen dalam udara menarik molekul air dan kemudiannya bertukar menjadi ion oksigen negatif, yang dipanggil ion negatif.
Apakah faktor yang akan mempengaruhi kepekatan ion negatif dalam lantai IONWOOD?
Berikut merupakan faktor yang akan mempengaruhi pembacaan Indeks ion negatif:
Alat penyaman udara dan alat pembersih udara mempunyai ion negatif. Mengapa perlu memasang IONWOOD?
Penyaman udara dan pembersih udara berion negatif berfungsi melalui penjana ion negatif yang terdapat di saluran keluarnya. Ia menghasilkan ion negatif dengan mengubah voltan. Kajian menunjukkan bahawa hasilnya terhad dan anda perlu membiarkan peralatan tersebut terpasang untuk ia berfungsi. Tambahan lagi, penyaman udara dan pembersih udara mempunyai kawasan liputan yang terhad. Jarak keberkesanannya adalah kira-kira 30 sentimeter hingga satu meter, dan terdapat faktor-faktor lain dalam udara yang memberi kesan kepada peralatan ini yang menyebabkan ion negatif yang dikeluarkan tidak mencukupi untuk membersihkan udara dalam rumah. IONWOOD meliputi seluruh kawasan lantai di rumah dan membebaskan ion negatif secara berterusan supaya anda boleh menikmati kesegaran hutan rimba di rumah anda.
Apakah perbezaan antara lantai kayu padu dan lantai kayu tereka bentuk?
Produk kayu padu dihasilkan daripada sekeping kayu yang diproses menjadi papan. Ia tidak boleh dipasang di tempat yang berkelembapan tinggi kerana kelembapan akan membuatkannya mengembang dan mengecut. Lantai kayu mudah diselenggara dan mudah tercalar. Ia perlu dilicinkan, digilap dan dicat semula selepas 2 atau 3 tahun. Ia berkemungkinan menghasilkan bau yang sengit dan meningkatkan risiko penyedutan formaldehid yang berbahaya terhadap kesihatan manusia.
Kayu tereka bentuk diperbuat daripada kayu sebenar yang disusun dan dilekatkan secara berlapis dengan ira kayunya bersilang. Ia boleh digunakan di tempat yang mempunyai masalah kelembapan kerana ia merupakan lantai kayu yang paling stabil dari segi strukturnya.
Adakah IONWOOD menyediakan perkhidmatan ukuran dan pemasangan?
Ya. Kami menyediakan segala perkara yang diperlukan selepas pelanggan mengisi borang pertanyaan ukuran. Kakitangan pemasangan kami akan melawat ke tempat anda dan menyediakan sebut harga untuk anda.
Caj-caj lain akan dikenakan jika anda memerlukan perkhidmatan tambahan seperti pemindahan perabot, penanggalan karpet dan lantai asas, atau pemasangan papan alas. Walau bagaimanapun, anda tidak perlu risau kerana kami akan berbincang dengan anda mengenai harganya terlebih dahulu sebelum memulakan kerja-kerja pemasangan. Sila rujuk kontrak jualan anda untuk butiran harga bagi setiap perkhidmatan.
Secara ringkasnya, lantai IONWOOD adalah mudah untuk dipasang dan diselenggara. Pemasangan lantai kami dilakukan oleh pakar yang terlatih dengan kemahiran yang sangat baik. Tambahan lagi, kami akan menyediakan jangkaan masa pemasangan yang jelas. Syarikat-syarikat juga diberikan jaminan dan waranti bagi lantai ion negatif kami.
Adakah IONWOOD mengandungi formaldehid?
Kayu kami mematuhi standard ketat terhadap formaldehid dan diperakui sebagai kelas E0. E0 merupakan singkatan bagi kelas pengeluaran formaldehid terendah di Eropah, di mana E0 merupakan kelas yang tidak mengeluarkan apa-apa bahan berbahaya. Bahan perekat yang kami gunakan juga mesra alam dan bebas formaldehid. Kayu kami tidak akan mengeluarkan apa-apa bau yang kuat atau kurang menyenangkan.
Bolehkah saya memasang IONWOOD di dalam bilik air dan kawasan yang basah?
Kami tidak menggalakkan pemasangan lantai IONWOOD di dalam bilik air atau kawasan yang basah di mana lantai tersebut berkemungkinan terkena air. Kawasan seperti dapur tidak akan menimbulkan masalah bagi lantai kami selagi air yang tumpah dibersihkan dengan segera.
Apakah jenis-jenis kayu yang disediakan?
Lantai IONWOOD menawarkan 9 jenis kayu yang dibahagikan kepada dua spesies, iaitu Kayu Tropika dan Kayu Import Amerika.
Kayu Tropika:
1. Kembang Semangkuk (KSK): KSK Klasik, KSK Diraja
2. Merbau: Merbau Klasik, Merbau Diraja
3. Chunteh: Chunteh Klasik
Kayu Import Amerika
1. Cherry Amerika
2. Oak Putih Amerika, Oak Diraja Amerika
3. Walnut Amerika
Bolehkah IONWOOD dipasang di kawasan terbuka?
Kami tidak mengesyorkan penggunaan lantai kami di kawasan terbuka.
Adakah IONWOOD memiliki pensijilan antarabangsa?
Pada masa ini, lantai IONWOOD telah diperakui oleh Persatuan Penyelidikan dan Aplikasi Ion Jepun (JAIRA), SGS Switzerland dan NACC China (Pusat Analisis Kebangsaan China) – membuktikan bahawa ion negatif dapat dibebaskan daripada lantai ini dengan bacaan melebihi 3000/cm³ mengikut indeks ion udara, yang bersamaan dengan udara hutan rimba.
Adakah penggunaan kasut tumit tinggi akan merosakkan lantai IONWOOD?
Ya. Ini kerana seluruh berat akan tertumpu di bahagian hujung tumit kasut. Malah, kebanyakan lantai kayu mudah terosak akibat penggunaan kasut tumit tinggi.
Mengapakah terdapat lantai yang baru diubahsuai menghasilkan bacaan ion negatif yang rendah?
Kawasan dalam rumah mengandungi pelbagai gas yang berbahaya dan bau yang kurang menyenangkan. Bahan-bahan menghias dan perabot yang digunakan semasa proses pengubahsuaian juga membebaskan formaldehid, benzena, keton, ammonia dan gas-gas lain yang merengsa. Lantai IONWOOD yang baru dipasang akan mula membebaskan ion negatif dan mula menghapuskan gas-gas berbahaya serta bau yang kurang menyenangkan. Hasil ujian menunjukkan bahawa kepekatan ion negatif tidak tinggi pada awalnya. Selepas beberapa ketika, kepekatan ion negatif akan beransur-ansur meningkat.
Adakah lantai IONWOOD kalis air?
IONWOOD mempunyai 12 lapisan cat supaya ia tahan air. Walau bagaimanapun, kelim di antara papannya cenderung untuk mengalami kerosakan air dan boleh menyebabkan masalah dalam jangka masa panjang seperti lantai berkulat. Adalah disyorkan agar mana-mana air atau minuman yang tumpah dibersihkan dengan segera dan dilap sehingga kering.
Mengapa perlu memasang lantai IONWOOD?
IONWOOD merupakan cara termudah untuk sihat tanpa perlu mengubah gaya hidup anda. Tambahan lagi, anda akan dikelilingi kesegaran ion negatif selama 24 jam sehari selagi anda berada di rumah tanpa perlu berusaha lebih. Nikmati persekitaran yang selesa, kesihatan yang baik, kehidupan bebas tekanan, rasa yang hebat dan perlindungan untuk kesihatan keluarga anda.
Mengapa perlu memasang lantai IONWOOD di pejabat?
Tempat kerja merupakan sebuah tempat bersaing dan dipenuhi dengan ion positif. Lantai IONWOOD yang membebaskan ion negatif dapat membantu meningkatkan keberkesanan kerja. Tambahan lagi, minda yang tenang juga akan membantu kita membuat keputusan yang tepat.